Tampilkan postingan dengan label komputer. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label komputer. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Januari 2011

menghapus broken link dari blog

Mungkin korang ada menghapus artikel dari blog korang.Tetapi halaman itu sebenarnya masih  terindeks pada google.Hal yang sebegini akan menyebabkan terjadinya broken link.Broken link bermaksud pautan  tidak sah,rosak atau link mati Broken link pada laman blog atau web boleh menurunkan page rank dan juga hasil carian pada google.Selain dari itu juga broken link juga wujud pada komen pengunjung yang mana tidak mengkemaskinikan profail masing masing pada blog.


Untuk menghapusnya:

1.Buka laman google webmaster tools.Jika belum ada akaun google,daftarlah terlebih dahulu.
2.Pada dashboard pilih add a site.masukkan alamat blog korang disini hingga proses verifikasi selesai.abaikan jika sudah memasukkan blog sebelumnya.
3.Bila sudah dimasukkan nama blog akan muncul dibahagian bawah.Klik pada nama blog.
add a site

4.Kemudian muncul paparan dashboard blog disini.
5,Pada sebelah kiri menudashboard pilih Diagnostics--crawl errors-disini kita boleh lihat error yang ada pada blog


6.untuk menghapus nya,klik pada site configuration--crawler access-remove url-new removal request

7.masukkan link yang hendak dihapus--pilih opsyen pertama disini -tandakan pada The page returns a 404/410 ...  dan klik submit request
8.Link akan dihapuskan beberapa hari selepas itu.
#Bagi komen yang mempunyai broken link,terpaksalah di delete.Saya gunakan link checker di http://www.web-site-map.com/broken-links.php bagi mencari broken link .

Rabu, 28 Juli 2010

cara buat kod tukar link pada blog

Bagi menaikkan ranking blog kita ,terdapat berbagai yang kita boleh lakukan.salah satu daripadanya adalah dengan saling bertukar link atau link exchange.Oleh itu bertukar tukar link adalah menguntungkan .oleh itu kenapa kita tidak cuba pasang kod tukaran link di blog kita dan bertukar link dengan blogger lain.untuk bertukar link seelok eloknya hendaklah dari kategori yang sama.kalau blog tutorial,tukar lah dengan blog tutorial yang lain.Sekiranya membuat banner utk tukaran link pula,janganlah terlalu besar.Kerana tidak semua blog mempunyai ruang yang besar.

Berikut adalah cara untuk membuatnya:

Pertama sekali kita perlu sediakan banner terlebih dahulu.Boleh gunakan photoshop atau gunakan kemudahan banner online pada internet.Kemudian upload imej tersebut ke Imageshack,Photobucket dan sebagainya.
Setelah upload dapatkan url imej tersebut:

contohnya Url imej adalah seperti ini yang saya upload ke image shack:

<img src=" http://img194.imageshack.us/img194/5621/belajarbuatblog.gif " border="0" alt=" Tutorial Blogspot ">

Bahagian yg berwarna merah adalah alamat imej yg kita upload.Sekarang kita ambil bahagian teks berwarna merah dan letakkan pada kod dibawah.



<a href="http://teknikbuat.blogspot.com" target="_blank"><img src=" http://img194.imageshack.us/img194/5621/belajarbuatblog.gif " border="0" alt=" Tutorial Blogspot "></a>
 
Tukar teks hijau dengan nama blog anda dan biru keterangan berkaiatan imej.Alamat/url imej tadi berada pada teks berwarna merah.
Langkah seterusnya :

1. Login ke Blogger
2. Pilih Tata Letak.
3. Klik Add page element
4. Klik Add Gadget --> pilih yang HTML/Java Script.
5. Kemudian masukkan kode tukaran link di bawah ini :

Kod diatas tadi(yg berrwarna hijau) dimasukkan bersama dengan kod untuk text area(yg akan memaparkan kod untuk tukar link untuk dicopy oleh pengunjung)

<textarea name="code" rows="4" cols="30><a href="http://teknikbuat.blogspot.com" target="_blank"><img src=" http://img194.imageshack.us/img194/5621/belajarbuatblog.gif " border="0" alt=" Tutorial Blogspot "></a>
</textarea>


Hasilnya:



Untuk paparkan imej bersama dengan text area seperti diatas cuma masukkan kod url gambar contoh sperti ini:
<a href="http://jendela-id.blogspot.com/"><img alt="teknik buat blog" src="http://img194.imageshack.us/img194/5621/belajarbuatblog.gif" /></a>
jadi akan muncul imej setelah kod diletakkan
teknik  buat blog
*Masukkan url imej untuk paparkan imej diatas

Kemudian klik save
Selamat mencuba

Jumat, 14 Mei 2010

Masaalah komputer selalu restart

Salah satu masaalah atau kerosakan yang selalu berlaku pada sebuah komputer adalah keadaan dimana komputer selalu restart dengan sendiri. Dalam kes  komputer selalu restart ini tentu saja sangat membosankan terutama apabila kita sedang membuat  kerja, tiba-tiba komputer restart sendiri dan kita tidak sempat menyimpan dokumen tersebut. Mengikut  pengalaman saya ada  beberapa sebab  yang membuat komputer sering restart sendiri, diantaranya adalah:

1.RAM (memori) yang rosak

RAM yang rosak juga boleh menyebabkan komputer restart dengan sendirinya.Cuba gunakan memori yang lain untuk menguji samada ram itu rosak.Sekiranya ada dua ram cuba tanggalkan salah satu untuk melihat yang mana rosak(tukar ganti untuk melihat yang mana bermasaalah..Jarang berlaku  kedua dua nya rosak secara serentak.

2. Masaalah processor panas 
 
Salah satu sebab komputer jadi hang dan restart sendiri adalah disebabkan processor yang panas.Untuk memeriksa masaalah kepanasan pada pada processor,terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan:  

  • melihat keadaan suhu processor melalui paparan pada  hardware monitor di BIOS
  • gunakan software bagi monitor kepanasan seperti Core Temp

  • dengan membuka casing CPU dan meraba sendiri temperatur pada bagian Pendingin (Cooler) Processor. 
Punca yang menyebabkan kepanasan pada Processor:
  • Kipas pada processor (fan) tidak berfungsi.
  • Sirip pada Pendingin Processor tersumbat dengan debu,selalu berlaku bila menggunakan komputer ditempat yang berdebu.Habuk habuk yang melekat mestilah dibersihkan.
  • Perhatikan juga mungkin kipas pada power supply tidak berputar.
3. Power Supply yang bermasaalah

Kemungkinan power supply membekalkan kuasa yang tidak mencukupi.Cuba gunakan power supply lain yang diketahui berfungsi dengan baik.Power supply dengan kuasa minima 500 watt adalah perlu bagi kegunaan pada komputer sekarang.

4. Kad  Grafik rosak

Kemungkinan kad grafik yang rosak.Biasanya kad grafik yang rosak cepat panas pada bahagian sirip pendinginnya .Cuba periksa kad tersebut.

5. Disebabkan bad sector pada Hardisk
 

Sekiranya terdapat bad sector pada hard disk akan menyebabkan ia menjadi hang atau muncul skrin biru.penyelenggaraan berkala seperti scan disk dan defragmenter perlu di lakukan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.Komputer juga hendak lah di tutup dengan menggunakan fungsi shut down.

 

Minggu, 09 Mei 2010

Download Rapishare dengan Celcom broadband

Banyak pengguna celcom broadband merungut apabila hendak mendownload dengan rapidshare.Apakah yang menyebabkan kita tidak dapat download?Jawapannya adalah kerana celcom menggunakan sharing proxy.Bagi mengatasi masaalah ni anda boleh menggunakan software Cryptload.Dengan menggunakan software ini anda boleh mendownload atau pun upload apa apa tanpa halangan.

Bagi menggunakan software ini anda perlu ada software winrar.kalau belum ada anda boleh download disini.Winrar ini perlu ada kerana software Cryptload yang anda download perlu menggunakan winrar untuk membukanya.Jika anda sudah ada winrar ,anda boleh download Cryptload disini

Selepas mendownload cryptload,klik pada cryptload dan anda akan menjumpai cryptload.exe.Tekan saja pada cryptload.exe dan tunggu sehingga program bermula.Anda boleh menukar setting ikut akaun yang anda ada samaada free atau premium.

Minggu, 25 April 2010

masaalah komputer lembab

Adakah komputer anda beroperasi dengan lambat? Adakah anda ingin menyelesaikan masaalah "komputer lembab ini"? Bekerja dengan komputer seperti ini memang membosankan.Anda tidak perlu mengeluarkan  wang dengan menghantar ke kedai . Pilihan terbaik untuk anda adalah ,bahawa anda boleh menangani masalah komputer sendiri dengan mudah . Yang perlu anda lakukan hanya mengikuti beberapa tips di bawah.

1.Mungkin anda berfikir bahawa komputer anda sudah outdated? Jadi ia slow? Mungkin  komputer anda mempunyai memori yang rendah. Ada banyak cara yang boleh anda gunakan agar komputer  prestasi dapat ditingkatkan. Komputer memiliki banyak komponen bekerja sama dengan sistem operasi Windows.Tentunya  memerlukan banyak memori virtual untuk menyokong menjalankan operasi sesuatu komputer. Bukan kos-efektif bagi anda untuk membeli RAM tambahan. Tapi, anda boleh mengoptimumkan penggunaan RAM pada komputer anda dengan perisian  Registry yang  dapat meningkatkan prestasi PC anda dan membuatnya berjalan lebih cepat.

2. Adakah anda mendapati bahawa masa yang lama diperlukan komputer anda  untuk melakukan sesuatu? Terdapat beberapa masalah perisian yang boleh menyebabkan komputer anda berjalan lambat. Adware, Virus dan Trojan adalah punca paling umum yang mengurangkan kelajuan PC anda  dan menginfeksi keseluruhan prestasi komputer. Sangatlah penting bagi anda untuk memasang unggul dan Antivirus terkini supaya anda boleh memadam program ancaman ini, yang dapat meningkatkan prestasi PC anda dan komputer anda akan berjalan secepat yang baru.

3. Adakah anda melihat bahawa komputer anda 'hang' dari masa ke masa? CPU anda mungkin terlalu panas. Setiap hari, anda menggunakan komputer anda untuk melakukan banyak kerja. Dan CPU menghasilkan kepanasan selama ia beroperasi. Dalam hal ini, sistem operasi Windows menjadi lambat. Untuk mempercepat komputer anda, anda boleh menyemak kipas PC anda. Dan kemudian anda boleh membersihkan debu yang menghentikan pc anda dari berjalan lancar. Atau anda boleh meng-upgrade kipas anda dan peranti lain yang boleh mendinginkan suhu CPU anda.

4. Adakah anda akan selalu mendapat mesej error pop-up? Adakah komputer berjalan lambat setiap saat selepas anda membersihkan virus di komputer? Registry pada sistem Windows menyimpan semua maklumat program dan tatacara sistem. Mungkin ia rosak jika anda memasang atau membuang aplikasi pada komputer anda. Ada banyak sisa fail  pada registry  PC apabila anda melakukan proses tersebut. Dalam hal ini, komputer anda menjadi berjalan lambat. Hal ini dapat diperbaiki oleh membersihkan registry sekali-sekala. Download salah satu perisian dari internet untuk membolehkan anda untuk membersihkan registry. Dan anda boleh menghentikan komputer anda dari berjalan lambat.

Jika anda tidak mahu menghabiskan banyak masa memasang semula sistem operasi anda, ini adalah penyelesaian terbaik bagi anda untuk selesaikan masaalah  komputer berjalan lambat. Klik di sini.

Sabtu, 17 April 2010

Mengatasi masaalah error windows xp

Pernah komputer anda tidak boleh masuk ke windows yang disebabkan oleh komputer tidak di shutdown dengan betul.Bila terjadi masaalah ini akan menyebabkan terjadinya error pada hard disk dan menyebabkan ia tidak boleh masuk ke windows dan restart semula.Jika terjadi seperti ini jangan lah install semula windows dulu,cuba cara yang saya berikan dibawah ini.

Bootkan komputer dengan  cd installer windows xp,tunggu hingga paparan Welcome to Setup

masaalah komputer restart














Kemudian pilih repair dengan menekan huruf R pada keyboard dan tunggu hingga muncul paparan Microsoft Windows Recovery Console.Kemudian ada pilihan bagi bagi lokasi directory windows ,biasanya pilih 1 dan masukkan passsword windows Administrator



recovery console








check disk



Kemudian taipkan arahan chkdsk /p dan tekan butang Enter, tunggu hingga proses checkdisk selesai.Taip exit untuk keluar dan seterusnya restart komputer anda.