Tampilkan postingan dengan label photoshop. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label photoshop. Tampilkan semua postingan

Kamis, 23 September 2010

Tulisan Punch Hole

tulisan punch hole

1.Klik menu file pilih new , masukan  Width 600 pixels dan Height  250 pixel dan resolution kepada 150 
2.Gunakan horizontal  type tool ( T) dan taipkan perkataan TEKNIK  dan tekan butang enter.

guna type tool







3. Warnakan teks dengan warna merah muda (pada color palette set kan RGB kepada 255,260,260)
  

4. Tekan butang Ctrl dan Double klik pada layer teks untuk membuat selection dan gunakan brush atau paint bucket tool untuk masukkan warnanya.

5. klik kanan pada layer background pada palet,klik kanan pilih merge visible (Ctrl+shift+E)
merge layers

6. kemudian pilih menu filter,blur->gaussian blur-> setkan radius kepada 5.0 pixels
gaussian blur technique

7. Pilih menu image>adjusment>level.Taipkan input level 245 pada ruangan sebelah kanan dan klik ok
tukar level

8. Kemudian pilih menu filter>pixelate>color halftone,setkan max radius kepada 5 dan semua channel kecuali channel 1 kepada 0.
color halftone

9.Memasukkan background hitam-gunakan magic wand tool(W) dan klik pada background putih untuk pilih background sahaja,

10.kemudian klik pada ikon add new layer (Ctrl+shift+N) untuk masukkan layer baru
11.Ubah foreground color kepada hitam dan tekan butang Alt+Del utk masukkan backround hitam.kemudian Ctrl+D untuk deselect.


menukar foreground








12.Meletak warna merah pada background hitam-gunakan rectangular marquee tool untuk membuat
ruangan empat segi.
inverse








13.kemudian pilih menu select>inverse.tekan butang delete untuk membuang bahagian luar background
 tadi.
tukar background








14.Setkan foreground color kepada merah,Klik pada background layer pada palet dan tekan butang
Alt+del,kemudian tekan butang  CTRL+D (utk deselect selection tadi).
deselect selection
 









15. Mengubah background hitam kepada kelabu—klik pada layer 1,kemudian pilih menu image--->adjustment--->hue and saturation---->setkan lightness kepada + 50
16.Pilih Menu  layer-->layer style---> Bevel and emboss dan setkan seperti pada imej dibawah atau mengikut yang diingini.

layer style

Senin, 10 Mei 2010

Objek terkeluar dari gambar

Wah objek terkeluar dari gambar!!.Bunyi tajuknya boleh tahan juga(psst..tak tau nak letak title apa yang sesuai sebenarnya)Apa sebenarnya yang dimaksudkan?.Untuk itu cuba lihat gambar dibawah ini.

Tentunya korang dah biasa tenguk gambar water lilies ni.Ada kat dalam folder My documents---sample pictures ...Ini lah yang saya maksudkan objek terkeluar dari gambar.
objek terkeluar

Untuk tutorial ini  saya akan gunakan imej dibawah.Korang boleh copy jer imej ni atau gunakan gambar lain.

1.Mula mula open imej yang dikehendakki.Klik menu file dan pilih open atau double klik pada paparan kosong pada adobe photoshop untuk membukanya.


2.copy imej tadi.Tekan butang Ctrl+J dan background copy akan muncul.
3.klik pada ikon create new layer atau tekan Shift+Ctrl+N untuk masukkan satu layer baru.Jika palet layer seperti dibawah tidak muncul tekan butang F7
insert new layer

   
4.Masukkan layer masuk pada layer tadi,tekan ikon add layer mask.
5.klik pada kotak sebelah kiri pada layer 2.gunakan Rectangular Marquee Tools,klik dan seret pada imej untuk membuat garisan  pada gambar.Tinggalkan bahagian hujung bagi menampakkkan bahagian yang akan dibuat nampak terkeluar dari imej

baut bingkai pada gambarimej terkeluar

6.Tekan butang Ctrl+Backspace untuk mengisi kotak tadi kepada warna putih.
7.Tekan butang Alt dan buat lagi selection bagi membentuk bingkai untuk gambar
8.Pilih menu select pilih inverse,tekan butang delete dan bingkai telah terhasil.Tekan butang Ctrl+D untuk
  deselect selection tadi.klik pada ikon mata pada layer background untuk melihat bahagian yang telah
  dipotong.

9.Kemudian pilih layer 1,gunakan polygonal lasso tool atau magnetic lassso tools dan buat selection dibahagian luar bingkai tadi(bahagian ini kita kan buang) kemudian tekan butang delete apabila selesai membuat selection.
imej


10.Klik pada ikon mata pada layer background untuk  melihat bahagian yang telah dipotong.tekan butang CTRL +D untuk deselect.
11.Klik pada layer mask(kotak sebelah kanan pada layer 2).Setkan foreground kepada warna putih.Gunakan berus untuk membuang bahagian bingkai yang melindungi imej .
cara buat bingkai pada foto

12.Pilih layer 1 semula.Klik ikon add layer style dan pilih drop shadow untuk letak bayang pada bahagian yang dipotong.laraskan opacity dan distance kepada nilai yang sesuai.
 layer
bayang pada gambar
 
13.Pilih layer 1  dan layer mask tadi(tekan Shift),klik kanan pilih merge layers(gabung ketiga tiga layer).
14.klik menu edit--->transform ---> Rotate 90 CW.kemudian pilih menu Menu filter---distort----shear dan klik pada graf untuk bentuk gambar melengkung.Kemudian klik ok.
imej melengkung

15.Kemudian klik menu edit---- Transform ------ Rotate 90 CCW untuk tegakkan semula gambar.
16.Klik pada bingkai yang muncul dan seret untuk meletakkan imej supaya muat pada paparan.

motor saya

Hasilnya:
motor rempit

Minggu, 09 Mei 2010

Membaiki imej yang kelabu

Nota:Untuk tutorial ini saya menggunakan adobe photoshop CS 2
Kali ini saya hendak tunjukkan bagaimana hendak membetulkan imej yang kelabu seperti pada gambar dibawah.Gambar pemandangan diwaktu matahari hendak terbenam memang cantik kalau kita ambil.Tapi sayang warnanya kelabu.Sepatutnya nampak agak kemerah merahan.Nampak macam ada kabus. 
baiki imej kelabu


  • Mula mula buka imej yang anda simpan.Klik Menu file dan pilih open.
  • kemudian browse tempat simpan fail,jika dah jumpa pilih open.
  • Kemudian klik menu Image,Adjusment dan pilih shadow/highlight.
  • Imej serta merta menjadi terang.
imej terang
  • Laraskan Amount pada pada Shadows 50% dan highlights kepada 85% dan .kemudian klik pada kotak show more options. 
  • Kemudian pada color corrections laraskan sehimgga 100%.Pelarasan ini ikut sedap mata kita   memandang. Mungkin korang mempunyai citarasa yang lain.Cuma laraskan setting yang ada disini.
  • Seterusnya jika hendak membuat pelarasan atau mengubah warna .Klik menu image,kemudian pilih Hue/Saturation.Kemudian laraskan pada Hue untuk menampakan  lagi warnanya.
Hasilnya:

buat pelarasan warna


Selamat mencuba.


Senin, 19 April 2010

menukar warna pada photo

Menukar warna pada imej dengan perisian Adobe Photoshop

Mula sekali kita kena buka imej yang hendak ditukar warna
Dari menu File pilih Open
Atau double klik kat ruang kosong ditengah paparan untuk open.
Pada my document pilih folder my pictures dan klik pada waterlilies

Pada tool bar pilih Rectangular Marquee Tool
tukar warna
 

kemudian buat selection ,klik dan seret pada bunga yang terdapat dalam gambar.
buat selection pada imej


kemudian klik pada menu image >adjusments>replace colour

replace color


Pada bahagian atas terdapat tiga eyedropper gunakan yang bertanda +.
kemudian klik pada selection(gambar bunga) hingga bunga tadi kelihatan bertukar jadi warna putih.
jika terlebih atau tersasar guna eyedropper yang bertanda -,dan kemudian yang bertanda +
Pada bahagian bawah terdapat Replacement dan slider Hue,saturation dan lightness
laraskan slider tersebut untuk menukar warna.

Hue-untuk warna
Saturation-kepekatan warna
Lightness -untuk kecerahan
kemudian klik ok dan tekan butang CTRL + D untuk deselect
Hasil nya:
tukar warna imej